Monday, December 05, 2005

Bab 6

Bas bergerak perlahan-lahan keluar dari platform. Harlina melambai ke arah Akasyah yang masih merenungnya dari platform 7. Wajahnya tenang di palit senyuman. Jalan Pudu sangat sibuk pagi Isnin itu. Harlina masih lagi merenung ke luar tingkap. Kepalanya pening akibat kurang tidur malam semalam. Namun persoalan-persoalan malam tadi masih berlegar-legar. Dia menyandarkan kepalanya. Di tutup matanya rapat-rapat.

'Akasyah, you dah bersedia sungguh-sungguh ke nak kahwin dengan Na ?' tanyanya sewaktu dalam perjalanan ke Pudu. Akasyah yang sedang melayan kesesakan lalulintas tersentak.
'Kenapa Na tanya camtu. Kalau Kasyah tak ready, Kasyah tak pi pinang you tau.' Dia menoleh melihat Harlina. Dia pelik, mengapa persoalan ini timbul setelah hari perkahwinan akan tiba tidak lama lagi. Harlina diam, matanya terus melihat ke hadapan. Dia menoleh pula ke Akasyah, di lihatnya kerut di dahi lelaki itu makin tebal.
'Entahlah, Na saja je, mungkin dah makin dekat harinya, makin resah kot,' akhirnya dia berkata.
'Insya Allah ok, I akan make sure Na happy jadi wife Kasyah.'
Harlina tersenyum.
'Adik, tolong tutup sikit tirai, ' kata-kata Makcik di sebelah mengejutkan Harlina. Harlina menarik tirai rapat-rapat memastikan cahaya matahari tidak menembusi lagi.
'Terima kasih no, chek nak pi mana ?' katanya memulakan perbualan.
'Saya nak balik Kulim, makcik ?'
'Oooo tu ka, Makcik nak balik Aloq Staq. Ni mai KL, pi jenguk cucu baru.' cerita Makcik itu mesra. Harlina melayan bual Makcik itu, sekurang-kurangnya dapat lah dia melarikan diri dari persoalan yang melemaskan itu.

Harlina mengadap komputer di hadapannya. Dia membuka fail CV_Na.doc. Tetikus di larikan atas bawah, dia meneliti setiap satunya. Tiada perubahan apa-apa. Dia mengklik icon TmNet. Setelah dihubungkan, dia terus ke halaman Gmail. Kad Farid di sebelahnya. Dia menaip sedikit pengenalan, setelah file CV_Na dikepil bersama email itu, butang Send di tekan, dalam hatinya berdoa moga kali ini pencarian dia berakhir.
Dia melayari internet sebentar. Membaca online forum. Tiba-tiba mesej YMnya bernyala.
Kasyah > Na ?
Harlina tersenyum. Malam pun online, agaknya tak balik kerja lagi la ni.
Na > Aik, kat ofis lagi ke ?
Kasyah > A'ah.
Na > I hantar CV ke Farid.
Kasyah > Farid ??
Na > Ala, kawan Azman yang cari developer tu. Ingat ?
Kasyah > Ooooo, sure ke nak kerja ngan dia ? Co. background dah check ?
Perlukah aku risau pasal latarbelakang syarikat di waktu tak de kerja ni. Harlina mengerutkan dahinya.
Na > tak kisah lah, yang penting ada kerja.
Kasyah > ye tapi kena tau gak, kang di buat co. ntah apa2
Na > Na dah lama cari kerja tau, so Na tak kisah sangat lah, yang penting Na try.
Kasyah > Kalau Kasyah tak suka camna ?
Na > Yang kerja Na, bukan Kasyah.
Kasyah > Better Na cari tempat lain la ...
Na > but y ?
Kasyah > nothing just not quite happy
Na > apa hal plak ?
Kasyah > i call u, nak balik dah ni. bye.
Harlina termanggu di depan komputer. Dia tidak suka kalau hajatnya di sekat begitu. Dia berusaha, dia sudah lelah duduk di rumah saja. Talian internet di putuskan, komputer di matikan. Dia bangun dan duduk di serambi. Pak Abas dan Mak Senah ke rumah Pak Usu. Suasana di kampung sepi. Ayam-ayam semua sudah tidur di dalam reban. Apa sebab Akasyah tidak suka, atas alasan apa ? Dia geram.
Akasyah memasukkan komputer ribanya ke dalam beg kulit. Keputusan Harlina menghantar CV ke Farid membuatkannya tidak senang. Dia mematikan lampu meja. Di perhatikan sekeliling. Semua ok. Chee Meng, Fariz dan Umi masih lagi di meja mereka, tekun membuat kerja. Ada deadline yang perlu dikejar. Dia mengangkat tangan tanda selamat kepada Fariz. Fariz senyum sahaja. Dalam waktu begitu, otaknya dah tidak seimbang lagi, objektifnya satu sahaja, mahu siapkan esok, kalau tak mati.
Dia berjalan menuju ke kereta yang terletak di depan bangunan. Pengawal keselamatan sedang asyik melayan lagu tamil, meriah. Dia mengangkat tangannya.
'Lambat ini malam Incik...' tegurnya tersenyum.
'Biasala, kerje banyak la ane,'
'Wokey....selamat.' Dia bersiul-siul mengikut lagu. Akasyah senyum dan terus masuk ke kereta. Dia menghidupkan enjin, sambil menanti enjin panas, dia membuat panggilan ke Harlina. Tiada jawapan. Dicubanya lagi, tiada juga jawapan.
Harlina memandang saja pada telefon yang berdering. Dibiar saja, geramnya pada Akasyah masih belum habis. Dia tidak suka di buat begitu. Telefon berdering lagi. Tidak sampai hati, lantas dia menekan butang hijau.
'Hello, Na, I call banyak kali, dah tidur ke ?'
'Mana ada banyak, 2 kali je,'
'Abis tu kenapa tak angkat ?'
'Saja malas, i geram dengan you.'
'La, kenapa ? Sebab I marah hantar cv ke Farid ?' tanyanya mengerutkan dahi. Dia memandu perlahan keluar dari parkir.
'Ye lah, apa salah Na cari kerja.'
'Memang la tak salah, tapi kalau kat tempat lain.'
'Tapi atas alasan apa ?' suaranya tegang.
'You tak kenal Farid...'
'Kasyah kenal sangat ke ? '
'I tau la I tak kenal rapat ngan Farid, tapi feedback bout him not so good,'
'Pasal apa ?'
'Ada la..'
'Ye la ...apa ??'
'Cukup Kasyah katakan tak suka, and you kena dengar,' suaranya di tinggikan sedikit. Harlina terasa sakit hati.
'Kalau you tak suka, ok fine, tapi Na akan teruskan juga. Na dah hantar CV and tadi Farid dah balas email Na cakap dia akan arrange an interview. Na belum jadi wife Kasyah and Na boleh buat apa yang Na rasa baik untuk diri Na.' Suaranya tinggi juga. Akasyah jadi marah. Dia tidak suka Harlina membentak katanya.
'Kenapa degil sangat ni...memang Na belum jadi wife Kasyah, tapi tinggal tak sampai sebulan, cuba-cubalah adjust untuk dengar cakap Akasyah.' Harlina diam.
'Dah la, Na malas nak gaduh, ok bye.' Harlina mencampak telefon ke atas katil. Dia masih lagi marah.
Akasyah juga marah. Dibalingnya telefon ke seat sebelah, kereta di pandu laju. Aku tak paham la perempuan ni. Dah kata jangan, jangan la. Radio di kuatkan, dan dia terus memandu dalam keadaan masih marah.

Pagi itu Harlina menerima panggilan dari Farid, sessi temuduga akan diadakan minggu hadapan. Sepanjang hari dia memikir apa alasan untuk ke Kuala Lumpur tanpa diketahui tujuannya oleh Akasyah dan ibu bapanya. Dia duduk berayun di buaian kayu di kebun bapanya. Mencari helah. Kalau cakap nak interview kat KL, mak mesti suruh Akasyah ambil, kalau cakap pergi KL sebab nak beli barang, mesti nanti mak telefon Akasyah cari aku. Kot mana pun memang bahaya ni. Dahinya berkerut. Buaian di gerak perlahan, kakinya menguis-nguis pasir. Ish camana aku nak buat ni, dia bangun lalu menuju ke pohon manggis, ada serangkai manggis yang dah masak elok. Rendang sahaja, lalu di petik.

Mak Senah sedang menganyam tikar di pangkin. Dia melihat saja Harlina yang berjalan balik dengan membawa manggis.
‘Na, tadi Akasyah telefon.’
Harlina memalingkan mukanya ke arah Mak Senah, dia berjalan menuju ke pangkin. Pak Abas yang sedang menghisap rokok daun di serambi rumah kelihatan asyik melihat burung belatuk yang hinggap di pokok cikunya.
‘Dia nak apa ?’ dia duduk dan menghulur sebiji manggis yang besar. Mak Senah menghentikan anyaman, manggis di kopeknya.
‘Ntah, dia kata kau ada interbiu, khamis depan, betul ke ?’ Harlina tersentak. Tak boleh la aku nak tipu skit, mesti dia tau.
‘A’ah, Na pun baru tau pagi tadi. Tu yang dok pikir nak pegi ke tak.’ Dia menguis-nguis tikar yang baru separuh di anyam. Mak Senah mengunyah manggis.
‘Ish manis betui manggis ni, pi bagi kat ayah skit. Awat pulak dok pikir, pi sajalah, Na pun memang tengah cari kerja kan, la ni nak pi KL senang, Akasyah ada.’ Harlina tidak berkata apa-apa, dia bangkit dan membawa 3 biji manggis untuk Pak Abas.

Akasyah duduk di ruang lobi Hotel Istana. Di luar hujan semakin lebat. Dia melihat jam tangannya. Orang yang patut ditemuinya petang itu belum sampai lagi. Jalan jem barangkali. Akasyah bersandar di kerusi yang empuk itu sambil melihat-lihat kertas kerja yang akan dibincangkan nanti. Shahrin yang baru keluar dari tandas menghala ke arahnya.
‘Jom kena rokok dulu lah, lambat la dia orang ni,’
‘Tu la, tak pe nak buat camna, dah kita nak jadi partner mereka, kita tunggu je. Jom lah,’ Akasyah bangun lalu menuju pintu di sebelah kiri.
Shahrin menyedut asap rokok dalam-dalam dan kemudian menghembus perlahan. Dia melihat ke arah jalan yang padat dengan kereta.
‘Weh kau tau kan ZK Tech. dapat projek tu hari.’
‘Tau, dah hulur banyak. Aku dengar Encik Mat siap dapat jalan ke Greece,’ balas Akasyah, dia duduk di tepi tembok hotel itu.
‘Tu la, tu yang susah tu, masuk kalau betul-betul boleh buat tak pe lah, ini kerja rasuah tak habis dia orang ni.’
‘Biasa la Shah, mau hidup,’ dia menyedut dalam-dalam dan membaling puntung rokok di tengah jalan. ‘Weh jom la masuk,’ sambungnya lagi. Shahrin terus membuang puntung rokoknya yang tinggal suku batang itu dan terus masuk mengikut Akasyah.

Di tengah lobi kelihatan seorang lelaki berkot hitam, di sebelahnya seorang perempuan berskirt pendek biru dan berkemeja kelabu. Melihat Akasyah, lelaki itu menangkat tangan. Dari jauh Akasyah tersenyum.

‘Sorry, we are late,’ ucap lelaki Mat Saleh itu, sambil menghulur tangan.
‘No problem Mike, it’s normal here, when it’s rain the road will be jammed pack,’ balas Akasyah dan berjabat tangan erat.
‘Hello Cik Mona, you look great,’ puji Shahrin.
‘Ala awak ni, ada saja,’ balas perempuan berambut perang, yang pasti bukan warna asli.
Mereka melangkah masuk ke Café Suria dan memilih tempat yang paling hujung. Setelah berbasa-basi, mereka pun memulakan perbincangan dengan lebih serius lagi.

‘So you are confident ? In three months ??’
‘Yeah, in fact we have done this in just 2 months, and the feedback was good,’ balas Shahrin. Akasyah mengangguk-angguk tanda setuju.
‘Ya…, but this project is a huge one, you as our partner must guarantee that it will be delivered in 3 months.’ Tekan Mike lagi.
‘No doubt, you got the project manage, my team will handle the technical part, I see no problems, we’ve handled big projects before and all are delivered on time.’ Akasyah menyakinkan pula.

Mike menangguk-angguk.
‘So Mona ? You call Mario, fix the date for next presentation.’
‘Will do Mike.’
‘So it’s agreed here, we will work as partners, and during the presentation I will introduce you as our technical associates.’

Malam itu setibanya di rumah, dia teringatkan Harlina. Sejak perselisihan minggu lepas, baik dia atau Harlina tidak pun berbuat sesuatu. Tiba-tiba dia berasa amat rindu untuk mendengar suara manja Harlina. Setelah menyarungkan sehelai seluar pendek hitam dia duduk di katil dan mendial nombor Harlina.

‘Na,’
‘Emm ?’
‘Marah lagi ye ?’
‘Tak ah, kenapa call ??’
‘Rindu lah,’
Harlina diam. Dia pun rindu juga, tapi di sebabkan tidak mahu kalah dia diam saja.
‘Kasyah tau Khamis ni Na ada interview kan.’
‘Alah, kalau call nak gaduh pasal ni lagi malaslah, Na nak tidur.’
‘Tak, tak, Kasyah nak cuti dari Rabu depan sampai hari Jumaat,’
‘So ???’
‘So, Kasyah ambil Na, bawak pi interview. Ok ?’
‘Betul ke ni ?????’ suaranya ceria sedikit.
‘Ye lah, betul.’
‘Tak marah lagi ???’
‘Ala, kalau Kasyah marah pun, Na bukannya nak dengar, nak buat juga.’ Harlina ketawa.
‘Kena bear with it lah, dah packagenya camtu,’ jawab Harlina manja.
‘Tu lah, sayang punya pasal, tak pe lah. So Na miss Kasyah tak ?’
‘Miss.’
‘Abis tu kenapa tak call ?’
‘Saja je.’
‘Mak ayah sihat ?’
‘Sihat, cam depa la…so minggu depan tu hari apa sampai ?’
‘Camni, selasa tu lepas kerja, Kasyah terus shoot sana, pagi-pagi rabu tu kita bertolak. Ok tak ?’
‘Tak penat ke ?’
‘Bis tu, dah Na asyik nak marah je, Kasyah penat pun tak pe lah.’
Harlina ketawa lagi.
‘Padan muka, garang lagi ngan Na.’
‘Ok tapi janji pi interview je tau, jangan dok melayan sangat si Farid tu.’
‘Ooooo ni kes jealous la ye ?’
‘Ye la, mamat tu buaya besar, laki pompuan dia tak kira …’
‘Hah laki pompuan ?’
‘A’ah bi sex tu,’
‘Ya rabbi, ada ke orang camtu ????’
‘Ada la,’
‘Kat Malaysia ni ???’
‘Ada, ramai camtu, ntah lah.’
‘Eeee takutnya, simpang malaikat 44 jangan lah ada keturunan kita camtu kan.’
Akasyah diam saja, tapi menangguk-angguk.
‘Tu pasalla Kasyah tak suka Na gi interview kat tempat kerja dia.’
‘Oooo, tapi Na buat hal Na la, kalau dia kacau, Na karate satu kali,’
‘Amboi….’

Harlina masuk ke bilik mesyuarat. Mejanya panjang dan besar. Kerusi kulit tersusun kemas. Bilik itu mengadap ke sebuah taman mini di luar bangunan. Air dari fountain mengalir turun meredupkan suasana. Harlina menarik sebuah kerusi dan mulai mengisi borang permohonan kerja. Dia meneliti borang itu terlebih dahulu. Pintu terkuak, Farid masuk lalu menarik kerusi di hadapannya. Harlina yang baru hendak menulis menangkat mukanya. Farid tersenyum.

‘Boss I akan interview you nanti. Suppose I, tapi I nak keluar ni.' mulanya.
'Alamak, your boss tu ok ke ?'
'Ok, dia sempoi je. Tapi you kena bagi nampak confident and matured.’ Katanya memberi tips.
‘Oh, ok. Sini pakai language apa ?’
‘You tau PHP ?’ Harlina mengangguk.
‘Database ?’ tanyanya pula.
‘Depends pada customer, tapi most of it, either Oracle or MS SQL.’ Harlina mengangguk lagi.
‘Jangan risau lah, I dah recommend you baik punya, so ok kot.’
‘Ye…terima kasih eh ..’
‘No problem, eh ok lah I pergi dulu. Good luck.’
‘Ok, thanks again.’

Dia menyambung semula pengisian borang itu. Seketika kemudian masuk seorang perempuan berbaju kurung biru, wajahnya tampak serius. Dia duduk dan memandang tepat ke Harlina. Dia memberi senyuman. Harlina berdebar juga tapi melihat senyuman itu dia agak lega sedikit.

‘Dah isi ?’ tanyanya sambil mengambil fail yang berisi sijil-sijil.
‘Sudah puan,’ balasnya lalu menghulur borang itu.

Dia tidak mengambil tapi hanya memberi isyarat supaya letak di hadapannya. Harlina menurut saja. Dia terus menyelak satu-satu folder fail tersebut.

‘Tak de pengalaman lagi ?’
‘Belum puan.’
‘You buat apa sekarang ?’
‘Tak ada apa-apa…’
‘Menganggur ? Dah dekat 2 tahun ni.’
Harlina diam saja.
‘Kami mencari orang yang at least ada 1 year experience,’ katanya sambil menutup fail.
Harlina diam saja. Perempuan itu mencapai borang pula, lama dia menenung muka hadapan.
‘Berat juga ni, no experience, it’s quite risky to take you.’
‘Tapi kalau puan tak nak ambil saya, sampai bila pun saya tak akan ada experience.’ Perempuan itu mengangkat mukanya. Terkejut mendengar jawapan Harlina. Berani budak ni.
‘Ok give me reasons why I should hire you.’
‘I might not have the required experience, but I am confident in delivering what ever task given.’
‘You consider yourself as self taught, fast learner or what ?’
‘Well, I learn things by myself and fast too. I don’t like the attitude of having to ask people all the time but rather find ways on my own.’
Puan itu senyum sedikit.
‘To you work for satisfaction or just a matter of getting paid at the end of the month ?’
‘It’s both, work without satisfaction is hollow. I am sure you work to pay the bills too right.’ Jawabnya selamba.
Perempuan itu tergelak.
‘I kind of like your attitude. Bila boleh start ni ?’
Harlina ketawa.
‘Well Puan, not working for almost 2 years has somehow developed this kind of attitude. I can start right away.’
‘Good. I am sure we can work together, I like you.’
Harlina tersenyum.
‘Next week cantik lah, 2nd March ?’
‘Boleh Puan, and thanks for taking the risk.’
Puan itu tergelak lagi.
‘So ok, I jumpa you on the 2nd.’

Harlina bangun dan berjabat tangan dengan perempuan itu.
‘Oh by the way, saya Rubiah, panggil Kak Rubi aje.’
Harlina mengangguk. Ok gak kakak ni, tadi nak acah aku je ni. Di dalam hatinya tidak henti-henti mengucapkan syukur kerana akhirnya pintu rezeki diluaskan oleh Allah jua.

Dalam kepalanya macam-macam benda yang perlu di lakukan, alamak baju aku semua dah buruk-buruk la, kasut aku , yang ni je lah elok skit, dia melihat kasutnya, kasut kulit hitam ada riben di atasnya. Kasut masa hari graduasi.

'Cik kak,' tegur Akasyah dari belakang.

'Hish la tekejut Na.'

'Menung apa, dok belek-belek kasut tu ?'

'Tak de apa lah, anyway Na dapat kerja tu, memula dia tak mau kasi, cakap Na tak de experience la apa la, Na lawan balik ....'

'Hah ? Lawan ?'

'Ye lah...kalau tak lawan alamat balik kampung tanam jagung le..'

'Tak yah tanam jagung, jadi PA i je ok gak.'

Harlina menjeling, Akasyah ketawa kuat, mereka berdua berpimpin tangan menuju ke kereta yang di belakang bangunan.


Tuesday, November 29, 2005

Bab 5

Azman menolak pintu bilik kaca dengan kasar. Akasyah yang sedang menyiapkan kertas kerja terkejut.
'Kau nak kahwin ??' sergahnya.
'Ye,' jawabnya selamba.
'But...'
'Duk dulu Man, tea or coffee ?' Akasyah cuba mengawal emosi.
'Apa cerita ni Kasyah ? Kau dah gila ke ? Kawin ?'
'Ye memang aku dah gila, and memang aku nak kawin.So what's the big fuss ?'
'Gila ! Memang kau dah gila.' Akasyah diam saja.

Azman bangun dan melangkah keluar. Akasyah diam sahaja memerhati. Shahrin yang nampak apa berlaku masuk ke bilik.

'Apa hal mamat tu ?'
'Ntah, dia bengang aku nak kawin.'
Shahrin gelak. 'Ntah apa-apa... weh jum makan, aku lapar siut.'
Akasyah bangun dan mencapai kunci keretanya. 'Mana ?'
'Mana lagi, kari kambing la,'
'La kau ni darah mamak tak luntur -luntur la'

Mereka menikmati makan tengahari dalam kedai mamak yang kecoh. Kedai itu selalu penuh, kalau tak penuh pun memang kalut. Akasyah kurang gembira dengan Azman tadi. Macam-macam berada di benaknya. Shahrin berpeluh-peluh menikmati kari kambing. SMS masuk, Akasyah terus membaca. Dahinya berkerut. Delete.
Shahrin melihat saja, kemudian bertanya, 'Apa hal, kau nampak problem je ?'
Akasyah mengeleng-geleng kepala, 'Tak de ah, aku ok.'

Petang itu kereta banyak di jalanraya, Akasyah masih lagi terganggu emosinya. Dia memandu perlahan. SMS masuk lagi, dari Harlina, 'Weekend ni jadi ke, kata nak tengok brg2 4 hantaran?' Akasyah senyum membaca mesej. Sibuk kekasih hatinya membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang tidak lama lagi. Dia membalas,'Jd, fri i ambil u @ Pudu, ok ?'

Hari-hari berlalu dengan berbagai cerita dan peristiwa. Akasyah sibuk dengan kerja dan pembentangan kertas kerja. Hari itu dia ada mesyuarat dengan sebuah syarikat telekomunikasi dari German. Sekiranya ada rezeki, projek yang bakal diperolehi itu akan membuatkan syarikatnya lebih kukuh dari segi kewangan. Dia sangat sibuk hari itu, dari pagi hingga ke petang. Sampai terlupa untuk menjemput Harlina di Pudu.

Di lihatnya ruang tamu terang benderang. Macam ada tetamu. Akasyah membuka pintu pagar dan membawa masuk kereta. Dia penat. Buka sahaja pintu dia terlihat Harlina berbual mesra dengan Mak Temah. Ya Allah macam mana boleh terlupa, aku janji nak ambil dia di Pudu.
'Ala, Na, Kasyah lupa, Na kenapa tak call ??'
'Tak pe, Na call, handphone off aje. Dah tu Na naik teksi.'
'Ala sorry la sayang, Kasyah ada meeting dari pagi tadi.' Melihat muka Akasyah yang nampak kepenatan, Harlina tersenyum lembut.
'Tak pe lah, Na pun dah selamat sampai.'
'Kamu berdua duduk la dulu, Mak Temah siapkan makan.'
'Ayah mana Mak Temah ?'
'Dia ke surau.'

Akasyah duduk di sebelah Harlina. Di genggamnya jari-jemari yang halus itu.
'Mak, ayah sihat ?'
'Mereka ok, depa kirim salam.'
'Eh betul la, sorry sangat-sangat.'
'La tak pe lah, tapi esok kena teman Na beli barang,'
'Boleh, no problemo,'
'I nak naik mandi la dulu,'
'Emm, jangan lupa solat isyak sekali.'
Akasyah tersenyum dan mengenyit mata.

Harlina bangun dan menuju ke dapur. Tidak ada apa hendak di bantu, semua sudah terhidang. Seketika kemudian, Zakaria pulang dan mereka makan malam bersama-sama.

Mereka berjalan-jalan di sekitar kedai yang bermacam-macam di KLCC. Orang belum ramai, masih awal lagi.

'Jom tengok jam,' tangan Harlina di tariknya menuju ke kedai jam di tingkat bawah.

Mereka melihat-lihat jam yang di paparkan. Harlina meninjau-ninjau, semuanya mahal.
'Ada Na suka ?' bisiknya rapat di telinga Harlina. Harlina mengeleng.
'Ni cantik,' tunjukknya pada seutas jam berjenama Chagal.
'Gila, camtu je RM1200, taknak lah.'
'Meh kita cuba, i suka design dia, simple but nice.'

'Ada diskaun ma, you cuba tengok la,' raih penjual cina perempuan itu.
'Berapa diskaun ?' tanya Akasyah sambil membelek jam itu. Kemudian menyuruh Harlina memakainya.
Perempuan itu berkira-kira dengan kalkulator, dan menunjukkan harganya.
'Kurang lagi lah,'
'Ok la pagi-pagi punya pasal aa, saya kasi 950.'
'900 saya angkat.' Harlina membulatkan matanya. 'Mahal lah,' bisiknya. Akasyah senyum saja.
'Boleh lo...,'
'Ok tak ? Cantik, memang kenalah ngan Na.' Harlina mencebik.
'Ok kak, abang sudah mau beli, ni aaa brand baik, kami sudah kasi offer, kalau luar aa tak dapat ini harga.' pujuk perempuan cina itu lagi.
'Ikut you lah,' ucap Harlina. Akasyah mengangguk.

'You beli mahal-mahal, Na tak de duit nak balas mahal-mahal, dah la Na tak kerja lagi ni,' Harlina membebel sebaik saja mereka keluar dari kedai itu.
'Ok itu je kita beli yang mahal, lain semua kita beli yang murah. Ok ?'

Mereka berlegar-legar lagi, kedai kasut, kedai barang kemas, masuk Parkson, masuk Isetan.

'Akasyah,' luang satu suara yang amat dikenalinya.
'Oi Azman, amacam ?' Mereka bersalaman, sejak Azman marah-marah, langsung tak dengar berita.
'Ni Harlina, tunang aku.'
Azman merenung Harlina. Dia senyum sedikit. 'Sayang, ni Azman, kawan I.'
'Nak join tengok wayang ?'
'Tak kot, kami ada hal lain.'
'Ok la camtu.'

Akasyah senyum pada Harlina.
'Pelik la mamat tu.' Akasyah tidak menjawab apa-apa. Memang pelik budak tu.
'Jom kita pi makan, I lapar lah.' Harlina melihat jam, sudah pukul 1.37.
'Patut lah dah 1.30, Na pun lapar.'
Mereke berpimpin tangan naik ke Food Court di tingkat 2, bersebelahan panggung wayang.
'Na nak makan sandwich aje lah,' katanya sebaik mereka sampai di kawasan Food Court itu. Akasyah menangguk. 'You nak makan apa ?' tanya Harlina ketika mereka sedang beratur di gerai menjual roti dan sandwich.
'Emm, nasi ayam je lah,' jawabnya sambil menjuihkan bibirnya menunjuk ke arah gerai nasi ayam di sebelah. Harlina senyum.
'Ok Na pi cari tempat dulu,' katanya sambil menatang dulang berisi sandwich dan air mineral. Dia berlegar-legar mencari tempat kosong, tiba-tiba matanya terpandang Azman yang sedang melambai ke arahnya.
'Duk sinilah Harlina, kosong, kawan I pergi beli air. Akasyah mana ?'
'Oh, thanks, sib baik ada tempat, penuh kan. Tu dia.' Harlina pula melambai-lambai ke arah Akasyah. Akasyah mengangguk dan mengerutkan dahi apabila ternampak Azman tersenyum-senyum.
Akasyah duduk di sebelah Harlina, dia nampak tidak berapa senang dengan kehadiran Azman. Azman pula berbual-bual dengan Harlina, nampak lebih mesra dari sewaktu mereka terjumpa di bawah tadi.
'Eh ni Farid.' Azman memperkenalkan kawannya pada Harlina dan Akasyah. Harlina mengangguk dan Akasyah pula menyambut salam yang di hulur.
'You kerja di mana Harlina ?' tanya Azman, sambil mengunyah pizza.
'Tak kerja,' jawabnya ringkas, bibirnya di cebik sedikit.
'Tak nak kerja ke ?'
'Memang lah nak, tapi tak dapat la.' Akasyah diam saja.
'You dulu belajar mana ?'
'Kat UUM, ambil Computer Science.'
'Eh company I nak pakai developer la,' Farid tiba-tiba menyampuk. Akasyah tersedak. Harlina memaling muka ke arah Akasyah.
'You ok ?' tanyanya. Akasyah hanya mengangguk dan terus mencapai air.
'Boleh la I bagi my CV.'
'Boleh, no problem, ni my kad, you email saja.' Farid menghulurkan kadnya dan di sambut Harlina.
'Eh thanks. Nanti i forwardkan my CV,' katanya sambil membelek-belek kad yang diterima.
'Eh Farid, the show starts in 5 minutes lah, come let's go. Ok la Harlina, nice to meet you. Nanti kenduri jangan lupa panggil kami pulak,' katanya lantas bangun.
'Ok la see you guys around.' kata Farid pula. Harlina dan Akasyah senyum dan melihat saja mereka pergi menuju ke panggung wayang.
Harlina perasaan mood Akasyah yang tiba-tiba bertukar. Dia tidak pernah lihat Akasyah diam sebegitu.
'Kenapa?' tanyanya menyiku lengan Akasyah.
'Tak de apa,' jawabnya ringkas.
'Emm, tapi Na tengok Kasyah cam tak suka je dengan Azman tu.'
'Tak delah, Kasyah penat je kot, minggu ni kerja teruk.'
'Betul ?'
'Ye,' jawabnya sambil tersenyum.
'Ok lah, kalau camtu, kita pergi surau dulu, pastu kita balik,' cadang Harlina.
'Tapi ada lagi barang-barang tak beli. Cincin Na, kasut, handbag, apa lagi ye ?'
'Ala kita gi esok pulak, Na balik hari isnin, bas pagi.'
'Ok gak tu, boleh la Kasyah tidur,'
Sesampai di rumah, Akasyah naik ke bilik, Harlina pula duduk di ruang tamu. Rumah kosong. Zakaria pergi memancing bersama kawan-kawannya. Mak Temah pula ke rumah anaknya di Sungai Buloh. Harlina mencapai album gambar. Di selaknya satu-satu. Akasyah semasa kecil, masa sekolah, macam-macam ragam dan pose. Harlina tersenyum-senyum sendirian. Dia menyelak lagi, ada gambar seorang wanita cantik sedang memangku Akasyah. Ibunya pasti, dan Harlina sekarang tahu dari mana datangnya wajah yang tampan itu. Dia menarik sebuah album lagi. Akasyah semasa di US. Gambar bersama Azman, Shahrin dan beberapa kawan yang tidak dikenalinya. Tapi ada satu gambar yang menarik minatnya. Gambar Akasyah dengan seorang gadis. Nampak mesra. Cantik. Ex-girlfriend dia kot. Setelah habis dilihat gambar-gambar itu, Harlina bangun dan menuju ke dapur. Di bukanya pintu peti ais dan menuang segelas air sejuk. Dapurnya besar dan kemas. Di tengah-tengah dapur itu ada ruang memasak yang dipanggil 'island', di lengkapi dengan pelbagai peralatan. Semuanya nampak mahal. Harlina tersenyum, kalau la dapur camni punya cantik nak masak pun sayang. Tiba-tiba handphone berbunyi, Harlina berlari anak ke ruang tamu, handphone Akasyah berbunyi terus. Tertera di skrin nama Azman.
'Hello,'
'Emm, Akasyah ada ?'
'Azman ye ? Ni Harlina lah.'
'Oh, sorry ganggu, boleh cakap dengan dia ?'
'Dia tidur rasanya. Ada pesanan ke ?'
'Kalau camtu tak pe lah, just pesan kat dia, jangan lupa discussion malam ni.'
'Oh, ok .'
'Ok Na, thanks.'
'Orite.'
Selesai memberi salam, Harlina nampak Akasyah berdiri di muka pintu bilik. Dia masuk dan duduk di atas katil, melihat Harlina yang sedang melipat kain telekung.
'Dah fresh ?' tanyanya sambil mengantung sejadah di kuda-kuda.
Akasyah mengangguk saja, kemudian terus menjatuhkan dirinya. Dalam posisi baring itu dia memandang tepat ke siling.
'Eh la, nanti Pakcik Zakaria ingat you tidur dalam bilik ni,'
'Ala nanti pun bilik sama,'
'Itu nanti, sekarang ni tak lagi.'
Akasyah tersenyum lalu bangun. Dia bangun lalu mendekati Harlina.
'Jom tengok tv. You buat apa tadi masa I tidur.' Mereka keluar dan menuju ke bilik audio.
'Tak de buat apa, tengok album je, oh ye, tadi Azman telefon.'
'Dia nak apa ??' suaranya agak keras.
'Dia cakap pasal ada discussion tonight,' jawab Harlina lantas duduk di atas lantai kayu yang berkilat di mop selalu. Akasyah menjatuhkan dirinya ke sofa dan mencapai remote tv.
'Ala, I lupa, ada discussion pasal presentation next week. Malas la pergi.'
'Eh, jangan camtu, pergi la, nanti susah lak nak present.'
'Tengokla camna mood I nanti,' katanya bersahaja.
Akasyah bermain dengan remote tv, dia menukar-nukar dari satu stesen ke satu. Harlina mencapai sebuah majalah Landscape dan menyelak halaman-halaman. Suasana sepi. Akasyah bangun, ‘Boringlah, jom pi tengok wayang nak ?’ Harlina mengangkat muka memandang tepat padanya.
‘Tapi you kan ada discussion malam nanti,’
‘Ala sempat, discussion dia orang ni selalu lambat, paling-paling pukul 10 baru nak start.’
‘Discussion apa malam-malam, orang dah nak tidur,’ jawab Harlina seraya bangun.
‘Entahlah… I nak mandi sat, Na pun siaplah, kita keluar lepas Maghrib.’
‘Ok.’


Akasyah memberhentikan keretanya di hadapan pintu masuk Perdana Heights menanti pengawal keselamatan membuka palang. Palang dibuka, dia mengangkat tangan pada budak Bangla tanda terima kasih. Malam sunyi, kebanyakan unit-unit di kondominium sudah gelap, mana tidaknya jam sudah pun pukul 12.17 pagi. Dia keluar dari kereta, alarm di tekan seketika itu pintu kereta di kunci. Dia berjalan perlahan menuju Block C, di sedutnya udara malam yang dingin. Melepasi beberapa unit rumah, dia berhenti dan mengetuk pintu. Setelah tiga kali ketukan, Azman membuka, mukanya berserabut. Akasyah melangkah masuk dan pintu tertutup rapat.
Di luar anjing melolong panjang, Harlina memusingkan badannya. Dia tidak dapat tidur. Entah mengapa dia berasa tidak selesa. Dadanya berdebar-debar sahaja sejak balik dari menonton cerita Zathura. Apa yang tidak kena dia pun musykil tapi yang pasti di benaknya wujud satu perasaan yang sukar dimengertikan. Dia melihat jam di tepi katil 2.49. Matanya terkelip-kelip. Dia terdengar pintu Akasyah berkeriuk. Lambatnya balik, nanti dah kawin camni kot, aku tinggal sorang-sorang. Selalu ke ? Dia memusing mengadap ke tingkap. Langit cerah di sinari bulan purnama. Sempurnya bulatnya. Dia memandang saja ke arah bulan yang putih bergemerlapan. Dia berfikir lagi tentang masa hadapan, tentang dirinya yang belum bekerja, tentang perkahwinan yang semakin hampir. Bersediakah aku ? Sejauh mana aku kenal Akasyah ? Boleh bahagia ke, seperti mana diharapkan ? Apa aku terlalu cepat membuat keputusan. Semakin serabut. Semakin kabur pandangannya, bulan semakin jauh, dan akhirnya dia tertidur dalam seribu persoalan yang sebelum ini tidak pernah menganggu hidupnya.





Bab 4

Akasyah merenung keluar tingkap. Bukit makin gondol. Ada saja projek. Sesekali dia merenung ke komputer. Sarah, sekretari cuti hari ini. Dari pintu kaca biliknya dia melihat pekerja-pekerja tekun, bekerja atau bermain game tak tahulah. Sesekali dahi dikerutkan. Konflik jiwa. Fikirannya kacau. Dia mencapai telefon, dan mendail nombor ayahnya. Tiada jawapan. Dia mencuba lagi. Deringan yang pertama terus di angkat.
'Hello,'
'Ayah ? ok ke ?'
'Ok la, kenapa ? Aku tengah dalam lif tadi.'
'Is it ok to talk now ?'
'Ok, apa hal?'
'Ayah, weekend ni jom pi minang anak Pak Abas.' Zakaria yang sedang berjalan tiba-tiba terhenti. Dia tersenyum lebar. Akasyah diam menanti.
'Alo, ayah ? Ada ke ni ?'
'Ada, ada, aku terkejut dan seronok...' Akasyah tersengih. Itulah yang menganggu jiwa dia kebelakangan ini. '...La ni jugak aku telefon Pak Abas bagitau kita nak pergi hari Sabtu ni,' terdengar suara ceria di belah sana.
Setelah mengakhiri perbualan itu, Zakaria yang hendak ke kedai Kaki Pancing di Kompleks Shah Alam, terus membatalkan niatnya. Dia hendak balik ke rumah, banyak perkara perlu di siapkan. Kak Temah la kena buat semua persiapan, aku mengarah saja, getus hati Zakaria, merujuk pada pembantu rumah yang sudah berkerja lebih dua puluh tahun.
Dari ruang tamu Zakaria melaung memanggil nama Mak Temah. Mak Temah yang sedang asyik melayan lagu Siputih Kuning nyanyian R. Azmi melalui Klasik FM, terkejut. Dia segera keluar ke ruang makan. Apa saja si Zakaria ni.
'Kenapa Encik ?' cemas dia bertanya. Tapi agak kehairanan melihat senyuman di wajah Zakaria yang sudah di anggap seperti adik.
'Kak, Akasyah nak kawin...'
'Hah, alhamdulillah, dengan siapa ?'
'Dengan budak yang datang hari tu,' dia menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Di capainya air kosong yang memang tersedia.
'Oh, si Harlina, cantik, bersopan budak tu, bertuah encik dapat bermenantukan dia.'
Zakaria tersengih mengangguk.
'Tapi Kak, masalah sikit, si Akasyah ni punya kemaruk nak kawin, dia ajak aku pergi meminang Sabtu ni.'
'La apa pulak masalah,' Mak Temah pun duduk di kerusi. Badannya yang tembam itu dengan struktur kaki yang agak kecil membuatkan dia cepat lenguh apabila berdiri lama.
'Ye la, hari ni dah Selasa, kita ada 4 hari je nak bersiap.'
Mak Temah diam, betul juga. Masa suntuk benar.
'Apa pulak, kita pergi merisik, bawak cincin merisik, bawa 2..3 barang. Betul tak cakap akak ni ?'
Zakaria merenung muka bulat di depannya. Dia senyum dan mengangguk.
'Betul, saya suka sangat tadi, terus ingat nak bawak barang-barang untuk bertunang.'
'Esok, akak panggil si Kiah , dia pandai buat-buat barang hantaran.'
'Ha, bagus juga, esok bila si Kiah sampai, kita bincang apa barang nak beli. Cincin pulak biar si Akasyah yang cari. Ok settle problem aku. Dah aku nak naik nak baring tunggu Zohor.' katanya lalu meneguk air mati.
Pak Abas meletakkan ganggang telefon. Mak Senah dari tadi tidak senang duduk mahu tahu apa cerita sebenar. Pak Abas senyum.
'Hai, tak lama lagi awak dapat menantu orang KL lah.'
'Apa kata si Zakaria tu ?'
'Depa nak datang merisik Sabtu ni.'
'Sungguh ke ni bang ?'
'La, betul lah, takan aku nak bergurau pulak.'
'Macam tu kalu, kena panggil si Leha, Kendut dengan si Busu..'
'Nak buat apa ???'
'Aiii, nak menolong masak la, kita buat la jamuan sikit, hish awak ni..'
'Aaa, ye tak ye...eh si Harlina mana ?
Telefon berbunyi menandakan ada SMS. Harlina yang sedang melipat kain, mencapai telefonnya di kepala katil.
'Sabtu ni I nak datang rumah.' Apa hal pulak, ada kerja di Kulim lagi ke ? getus hatinya. Dia membalas sms Akasyah itu, ringkas saja. Sejurus selepas itu, telefon berdering, siapa lagi kalau bukan Akasyah.
'Hello,'
'Nak datang ? Ada kerja ke ?'
'Ada urusan dengan Pak Abas dan Mak Senah.' Harlina pelik, bila masa pulak ada projek dengan mak dan ayah ni.
'Apa hal ??'
'Emm...' dia menghela nafas. Tadi masa telefon ayahnya, agak susah dia nak melafaskan perkataan meminang, ini dengan tuan punya badan lagilah terasa payah. Harlina menanti, dadanya berdebar sebenarnya.
'Na...you percaya pada cinta pandang pertama kan ?' alamak ...macam drama melayu da, ahhh belasah je lah.
Harlina ketawa kecil.
'Tak tau la nak kata, tapi dalam drama melayu ada.' Akasyah ketawa berdekah.
'Ok la camni, i nak kahwin dengan you, Sabtu ni, kami nak p sana.' fuh lega, terkeluar juga hasrat hati. Harlina terdiam. Suka. Dia membetulkan duduknya.
'Na.. alo .. alo..????'
'Ada ni, cuma terperanjat.'
'Oooo ingat kan dah pengsan.'
'Ada pulak pengsan.'
'Mana la tau..suka sangat sampai terpengsan.'
'Ish,'
'Ok la so seriously, adakah you terima lamaran I untuk menjadi permaisuri hati ini ?'
Harlina ketawa. Dia gugup.
'Jawapannya....Sabtu ini.' Akasyah tersenyum mendengarkan bicara Harlina. Terima la tu....cakap terus kan senang.
Kain tidak jadi dilipat. Dia termenung di birai katil. Dia bangun ke arah tingkap. Termangu dia di situ. Memang dia sukakan Akasyah, tapi benda terjadi terlalu pantas. Dia baru mengenali lelaki itu tidak sampai 6 bulan. Belum lagi dia kenal hati budi. Memang dari mata kasar nampak elok. Dia menghela nafas. Hembusan angin petang bertiup perlahan menyapa dirinya. Hatinya tidak menentu. Inikah jodohnya. Adakah ini yang sudah tertulis di Luh Mahfuz.
Mak Senah berdiri di muka pintu bilik, melihat Harlina yang jauh melayang. Dalam suka, dia terasa sedih, kalau sudah sampai jodoh anaknya dimiliki orang, dia akan berpisah sementara dengan anak kesayangannya itu. Satu-satunya anak perempuan, mereka banyak berkongsi hal-hal perempuan.
'Na,' panggil Mak Senah perlahan. Harlina menoleh. Dilihat wajah tua yang ceria itu.
'Kau tau dah ?' Harlina mengangguk perlahan. '..macam mana ?' sambungnya lagi.
'Entah la mak, Na ni kerja pun tak dapat lagi, pastu Akasyah pun Na tak kenal betul-betul, camna nak kahwin.'
Mak Senah duduk di hujung katil.
'Mak dengan ayah dulu kawin lagi tak kenal, tengok muka pun masa hari nikah tu lah. Tapi tengok, sampai sekarang kekal. Kasih sayang pun lagi bertambah, lagi tua, lagi sayang.' Harlina tersenyum.
'Memang la Na suka Akasyah tu, tapi dia dok KL, nanti kalau Na kawin dengan dia, mak macam mana ?'
'Hai...kau dah besar, takan nak duk bawah ketiak mak lagi.' Harlina ketawa kecil. Dia duduk di sebelah Mak Senah.
'Ala, mak ni,' dia memeluk tubuh ibunya. Mereka berdakapan seketika.
'Nanti, jadi isteri solehah ya..jangan derhaka pada suami.' Harlina mencium pipi Mak Senah.
'Ala mak ni, Na tak cakap pun lagi nak kawin,'
'Eh eh budak ni..'
Pagi-pagi lagi di dapur semua orang kecoh. Mak Senah sibuk membasuh daging. Busu dan Kendut mengupas bawang. Leha di luar sedang menggoreng kerisik. Pak Abas keluar masuk, entah apa yang disibukkan, ada saja. Harlina di halau keluar dari dapur. Dia sebentar lagi akan di dandan oleh Wati, sepupunya yang merupakan mak andam di kampung itu.
'Na, baju mana kau nak pakai nanti ?' tanya Wati sambil melihat-lihat baju yang tergantung di dalam almari pakaian.
'Tak tau la Kak Wati, Na rasa nak pakai baju kebaya sulam ni.' Dia menayangkan sepasang Kebaya berwarna ungu muda dengan sulam bunga tabur. Cantik.
'Aaa, cantik.'
'Ala baju masa konvo hari tu.'
'Ok, nanti akak mekap kan muka kau tu, biar lagi cun.'
'Tapi jangan tebal akak, nipis je ye..'
'Ye lah, aku nak buat kau jadi cam Kak Normalas tu,' mereka ketawa terkekek.
Hari ini Akasyah tidak memandu, sebaliknya kawannya Shahrin. Mereka berempat semuanya, Zakaria dan Mak Temah di belakang, memangku dulang hantaran. Tiga dulang perak di hias cantik. Satu di isi buah, satu lagi di isi kuih dan coklat .Dulang ke tiga di tengah-tengah antara mereka, untuk di letakkan cincin. Perjalanan lancar sahaja. Cuaca juga molek, tidak panas dan tidak pula hujan. Akasyah lebih banyak berdiam sahaja, macam-macam dalam fikirannya. Shahrin yang rajin melayan cakap Zakaria. Mak Temah awal-awal lagi dah tidur.
'Masuk simpang depan tu Shah,' arah Akasyah.
'Yang ni, ?'
'Tak yang depan sana...'
'Aaa ok ok...'
'Oooo Kak, dah nak sampai dah ni....' kejut Zakaria.
Mak Temah terjaga. Dulang yang tadi atas ribanya kini di sebelahnya.
Kereta masuk ke jalan kampung, Shahrin memandu perlahan.
Semua sudah siap. Makanan dah pun siap, tinggal tunggu di hidang sahaja. Mak Senah dah pun bersalin pakaian, berbaju kurung biru, sedondon dengan Pak Abas yang berbelaju Melayu biru berkain pelekat kuning air. Harlina sudah siap di dandan, tinggal menanti sang putera sahaja.
Pak Abas bersama Pak Uteh dan Pak Usu bersembang-sembang di serambi rumah. Melihat sebuah kereta masuk ke laman, Pak Abas berenti berbicara. 'Hah, mereka dah sampai,' katanya lalu turun ke tanah. Keluar sahaja Zakaria, mereka bersalaman dan berpelukan. Ketawa riang.
'Apa kabar Pakcik,' kata Akasyah sambil menyalam Pak Abas.
'Baik..baik..mari..mari naik rumah.'
'Ni kawan saya Shahrin,'
'Oh, mari nak, jadi drebar kamu ye hari ni.' Shahrin tersenyum.
'Kalau Akasyah bawak pakcik, pukul 10 tadi dah sampai, tak sabar nanti dia pecut.' Pak Abas dan Zakaria ketawa kuat. Wah bukan main gembira. Mak Temah pun senyum-senyum suka.
Harlina yang dalam bilik kecut perut. Tangannya sejuk.
'Apa saya nak buat ni ?'
'Dok diam dah la, nanti kalau depa tanya hang nak kawin ka, hang jawab la ya ka, mau ka, tak mau ka...'
'Hish Kak Wati ni..'
Tetamu di persilakan naik, mereka di perkenalkan oleh Pak Abas. Suasana gembira menyelubungi rumah itu. Mak Senah pula berbual-bual dengan Mak Temah. Wati mengintai dari dalam. Dia tercari-cari bakal pengantin. Matanya terhenti pada Shahrin, satu-satunya lelaki yang muda di situ. La, awat la, tak padan sungguh.
'Akak tengok apa ?'
'Aku dok mengintai laki hang la...' Macam mana la si Harlina ni tengok, takdak mata sungguh la budak ni, getus hatinya lagi.
'Kami ni datang berhajat, Abang.' Mula Zakaria setelah lama berbasa-basi. Keadaan santai tadi tiba-tiba bertukar menjadi mood serius. Semua mata tertumpu ke arah Zakaria. Pak Abas terangguk-angguk.
'Ni, bawak hajat besar, untuk anak laki-laki saya ni.' Akasyah yang tadi memang tidak banyak bicara, tersenyum.
'Dengarnya di sini ada sekuntum bunga sedang mekar..' kata-kata Zakaria di sambut senyum dan ketawa kecil mereka yang berkumpul di ruang tamu itu. Mak Senah tersengih-sengih.
'Kalau diizinkan inginlah kami memetik buat penghias di rumah kami, tambah berseri nanti, tak gitu Abang Abas.'
'Di rumah ni bunga ada 2 kuntum, tapi yang satu saya dah sunting, tu tak boleh la,' seloroh Pak Abas, Mak Senah menjeling malu, Mak Temah mencuit pehanya, mereka sama-sama ketawa kecil. Yang lain juga ketawa. Akasyah ketawa kuat. 'Jadinya, tinggallah yang satu lagi. Yang itu ke maksud kamu Kiya ?'
'Betul ke Akasyah ?' Akasyah mengangguk. Terasa semua mata tertumpu padanya.
'Hah betui la Abang Abas, hat satu tu lah. Jadi apa jawabnya ? Sudi ke atau macam mana ?'
'Itu kena tanya pada si bunga sendiri, kalau saya yang jawab, tak kena pulak.'
'Maknya, tanyakan pada si Harlina.' arah Pak Abas. Mak Senah bangun, dia mengajak Mak Temah. Harlina diam di kerusi meja solek. Dadanya berdebar.
Harlina bangun dan bersalaman dengan Mak Temah.
'Apa kabar Mak Temah.' ucapnya.
'Baik,' dia mendakap dan mencium pipi Harlina.
'Camna ? Apa kata kamu, tu pihak laki-laki tengah menunggu.' aju Mak Senah.
'Emm, saya ikut mak saja lah,' jawabnya malu-malu. Wati diam saja.
'Kalau ikut mak, mak terima,' Harlina senyum.
'Setuju la tu kak...' sapa Mak Temah. Mereka berdua senyum syukur.
Di ruang tamu mereka berbual-bual kosong sementara menanti jawapan si bunga. Melihat kehadiran Mak Senah, semua terdiam. Akasyah menanti jawapan.
'Dia tak cakap apa...,' mula Mak Senah. Akasyah tersentak. Dia menanti lagi sambungan kata-kata Mak Senah.
'...tapi dia senyum.'
'Hah, kalau senyum tu, setuju la tu,' sambut Zakaria. 'Ok Akasyah, bunga mau kat hang,' selorohnya lagi. Ketawa lagi. Akasyah menghela nafas lega. Jawapan yang di tunggu dah terbongkar.
'Jadinya kami nak beri cincin tanda la Abang Abas, dan juga boleh la kita bincang perkara seterusnya.'
'Cincin tu, kalau tak menjadi halangan, Akasyah nak beri sendiri pada Harlina,' terang Zakaria lagi.
'Boleh, tak jadi masalah. Mak Senah, persilakan Akasyah.'
Akasyah di iringi Mak Senah, Mak Temah dan Shahrin merangkap jurugambar, menuju ke kamar Harlina.
Mak Senah masuk dulu, diikuti yang lain-lain. Harlina yang agak kurang bersedia terkejut dengan kehadiran mereka. Wati juga terkejut, dan lebih terkejut melihat bakal pengantin yang sebenar. Kalau yang inilah baru padan.
Akasyah mengunjukkan dulang berisi sebentuk cincin kepada Harlina. 'Terima kasih,' ucapnya perlahan. Mata mereka bertentangan seketika. Tiada bicara, cuma hati mereka yang berbicara rindu.
'Udah tu dulu, kang meletup mata tu,' seloroh Wati, di sambut ketawa riang mereka yang berada di dalam kamar.
'Weh Kasyah, hang berdiri sini, pose la skit, aa , rapat skit,' Shahrin mengarah bagaikan jurugambar profesional.
'Aaa, makcik, mari masuk, saya nak tangkap gambar.' Peristiwa di abadikan dalam kamera digital. Shahrin sibuk menjalankan tugasnya sebagai jurugambar. Gambar-gambar itu yang akan menjadikan kenangan mengamit memori di masa-masa akan datang.

Sunday, November 20, 2005

Bab 3

Harlina sedang membaca majalah Wanita, sambil berbuai di halaman rumah. Bunyi hon posman membuat dia tersentak. Apa saja la posto ni.

‘Kak, tolong sign sini.’ Jarinya menunjuk ke garisan putus-putus.
Harlina menandatangani di atas garisan putus-putus itu dan terus melihat-lihat sampul surat berwarna coklat muda itu. KERAJAAN MALAYSIA, di bawah pula KEMENTERIAN TEKNOLOGI DAN MULTIMEDIA, PUTRAJAYA. Cepat-cepat dia mengoyak sampul surat berdaftar itu. Hatinya berdebar-debar. Ini tentu jawapan kepada temuduga yang dia hadiri sebulan yang sudah. Lipatan surat di buka,
‘Dukacita, di maklumkan ….’ Harlina tidak sanggup lagi membacanya, surat di renyuk dalam gengaman tangannya. Rezeki belum lagi berpihak padanya. Dia kembali ke buaian, di ayunnya perlahan. Kutat berlari mengejar si Kiambang. Harlina melihat saja. Dia buntu.

Dia bangun lantas keluar menuju ke hujung kampung. Bunyi deruan air sungai mengalir mendamaikan. Sunyi. Dia duduk di sebuah tunggul kayu mati. Air sungai yang jernih berpusar-pusar. Dia menunduk mengutip batu-batu kecil di sekitar, ‘Plop.’ Satu lagi batu kecil di baling jauh ke tengah sungai. Dalam dia melayan perasaannya, telefon bimbitnya berbunyi.Tertera nama Akasyah di skrin kecil itu. Harlina membiarkan sekali dering lagi sebelum menjawabnya.
‘Hello,’ suaranya tidak seceria selalu.
‘Hi, Na apa khabar ?’
‘Tak ok.’
‘Kenapa ?’
‘I tak dapat kerja tu, baru dapat surat.’
‘Yang datang interview bulan lepas tu ke ?’
‘A’aa’
‘Ala jangan la sedih, bukan rezeki Na kut.’
‘Ntah la Kasyah. Dah setahun lebih ni dok tanam anggur je.’
‘Ok apa, jual la kat pasar malam.’ Akasyah cuba bergurau.
‘Emm…orang cakap, dia main-main pulak.’
‘La kan Na cakap tadi tanam anggur.’
‘Ye lah.’
‘Eh anyway, minggu depan I nak ke Kulim, boleh la kita jumpa.’
‘Kerja ?’
‘A’ah, lama I kat sana 1 minggu.’
‘Ok lah, bila datang sini ?’
‘Hari Rabu.’

Mereka berbual seketika. Kesedihan yang melanda Harlina tadi berkurang sedikit. Dia suka berbual dengan Akasyah. Macam-macam topic di bicarakan, dari yang ringan sampai ke masalah dunia pun pernah di debatkan.

‘Ok la, Na jangan sedih, you ada nak pesan apa-apa dari sini ?’
‘Tak de apa lah, cuma kirim salam pada Pakcik Zakaria saja.’

Hari Rabu, Harlina ke pasar, dia mencari ikan keli. Dia tahu Akasyah sukakan ikan keli masak lemak cili api. Dia yang akan masak sendiri. Sesampai saja dia di rumah, basikal di sorong ke belakang. Mak Senah sedang menjemur pakaian.
‘Kau ke mana Na ?’
‘Na pi pasar, cari ikan keli, Akasyah nak datang, dia suka masak lemak cili api.’
Mak Senah tersenyum, lama dia menanti saat menerima menantu. Kalaulah jadi, bermenantukan orang KL lah aku, hai Som, jangan kau ingat anak kau sorang je yang kerja di KL. Anak aku ni ha, bakal laki orang KL.

‘Mak, cuba mak rasa masak lemak ni, ok ke tak ?’ Harlina mengacukan senduk berisi kuah lemak. Mak Senah mencicap sedikit kuah ke tapak tangannya.
‘Ok mak ?’
‘Garam kurang,’
‘Tapi sedap tak ?’
‘Sedap la, cuma tawar.’
‘Cun.’

Telefon berdering.
‘Awak dah sampai mana ?’
‘Dah nak masuk simpang Kg. Aji Ali.’
‘Ok, saya pun baru je sudah masak ni.’
‘Na masak ???’
‘Kenapa ???’
‘Tak la, terkejut je.’ Akasyah tersenyum. Rajin masak rupanya, sedap ke ? Kalau ikut air tangan Mak Senah sedap la.

Harlina sibuk menyiapkan meja, dibentangkan saprah yang paling cantik. Mak Senah lihat saja.
‘Ni yang bersaprah-saprah ni kenapa ?’ Tanya Pak Abas yang baru pulang dari kebun.
‘Hai abang, orang nak menyambut buah hati, macam tu lah …’ sampuk Mak Senah dari dapur.
Harlina diam saja.
‘Buah hati ???’
‘Tu buah hati anak dara awak la,’
Harlina buat tidak dengar. Buah hati pulak, kawan la.
‘Aik, ha tak pe si Tapa tu pun dah gemuk, kita sembelih untuk kenduri nanti Senah oi,’
‘Mak ngan ayah ni……orang tak de apa lah..’

Pak Abas tergelak. Mak Senah apatah lagi. Hai sukanya hati dia.

‘Assalamualaikum…’
‘Waalaikum salam, ha dah sampai pun buah hati si Na,’
‘Ayah ni, hish.’

Pak Abas membuka selak grill.

‘Masuk lah, bapak kamu sihat ?’
‘Dia sihat, dia kirim salam pakcik.’
‘Ha ye lah, duduk la dulu. Na, ni si Akasyah dah sampai. Mana pulak si Na ni.’ Laung Pak Abas dari depan rumah. Mereka duduk dan bersembang perkara-perkara kecil.

‘Mak tengoklah ayah tu, malu orang tau.’
‘Ala, ayah kau bergurau.’
‘Hmppphh, tak suka la,’ Harlina menjeling ibunya yang tak habis-habis tersenyum.

‘Bang oi, ajak budak tu makan, karang sejuk pulak nasi,’ panggil Mak Senah, sambil berjalan ke depan. Akasyah bangun dan bersalaman dengannya.
‘Makcik apa kabar ? Sihat ?’ Dia tercari-cari Harlina. Mana pulak tak nampak-nampak, malu ke.
‘Alhamdulillah, aa apa lagi mari la Kasyah, si Na dah masak dari awal pagi lagi.’
‘Dia mana makcik ?’
‘Ada di dapur.’

‘Duduk Akasyah,’ suruh Pak Abas.
‘Tak pe, saya nak basuh tangan dulu,’
‘Eh apa payah, ni kan air basuh tangan dah….’ Mak Senah menyiku lengan Pak Abas.
Akasyah tersengih dan tidak menghiraukan cakap Pak Abas, dia segera ke dapur.
‘Apa ?’ marah Pak Abas
‘Hish biarlah, dia nak turun jumpa si Na. Awak ni pun apa la tak paham.’
‘Oooo, aku mana tau. Aku dulu tak de camtu.’
‘Tu lah awak, tak romantik.’
‘Amboi, mak hang.’

Harlina berdiri di sinki, sedang membasuh kuali dan periuk.
‘Ehmmm, orang datang lari.’ Mulanya.
‘Eh la, dah sampai ke ?’ Harlina buat-buat tak tau.
‘Ala, kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu.’
Harlina ketawa kuat.
‘Apa la.’
Mata mereka bertentangan. Akasyah seakan tidak mahu melihat yang lain lagi. Wajah inilah yang dirindui selama ini. Tapi apakah Harlina juga merasai gelora yang mula melanda.
Harlina juga terasa satu getaran yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Debaran dadanya laju, seolah baru lepas lari pecut. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini semacam perasaan rindu sering hadir di benaknya.

‘Hai, lamanya basuh tangan, ikan keli ni pun dah nak hidup balik,’ perli Pak Abas dari tengah rumah.
Mereka berdua ketawa kecil. Dua-dua malu.
‘Jom kita makan sama,’ ajak Akasyah.
‘Ok.’

Akasyah makan dengan berselera sekali. Selain arwah ibunya yang pandai masak lemak cili api ikan keli, kini dah ada pengganti, Harlina.

‘Banyak saya makan ni makcik,’ katanya sambil mengisi lagi nasi dipinggan. Gelojoh betul aku ni, ahh belasah, janji puas hati.
‘Hish makan la Kasyah, apa nak malu.’
‘Sedap masak lemak ni, dah lama betul saya tak makan, masa arwah mak ada, memang selalu dia buat.’
‘Tengoklah sapa yang masak,’ ucap Mak Senah, menjeling ke arah Harlina. Harlina tunduk saja.
‘Pagi-pagi lagi dah ke pasar..’ sambung Mak Senah lagi.
‘Hish mak ni,’ perlahan sahut Harlina. Akasyah senyum saja. Alahai rajinnya, ni buat aku suka ni. Sambil itu tangannya terus laju menyuap.

Petang itu setelah selesai urusan di Kulim, dia terus menuju ke rumah Harlina. Dia hendak cuba bawa Harlina berjalan, itu pun kalau diizinkan oleh Pak Abas dan Mak Senah.
'Kami pergi dulu ye makcik,' sopan bicara Akasyah, sambil menghidupkan enjin. Nasib baiklah hajatnya membawa Harlina berjalan tidak dibangkang.
'Ah, ye lah, tapi jangan balik malam sangat,'
'Ye,makcik jangan risau, pukul 10 saya hantar Na balik.' Pak Abas hanya duduk diam memerhati dari serambi rumah. Anak muda sekarang bukan boleh di larang, hai entahlah. Dia mengetuk-ngetuk paip mengeluarkan abu tembakau, diambilnya sedikit tembakau dari tin kuning cap nenas, di gentelnya, mata masih memerhati ke tengah laman. Dia nampak senyum si Harlina. Dia nampak sengih si Akasyah. Suka la kot. Hai Kiya, jadi jugak janji kau nak berbesan dengan aku. Dia mencucuh api, asap nipis menari-nari. Mak Senah memaling melihat Pak Abas, mereka berbalas senyum.
'Ok mak, Na gi dulu,' ucap Harlina dari dalam kereta. Dia kemudian melambai ke arah ayahnya. Tiada balasan, tapi hanya sekadar mengangguk.
Mak Senah berdiri di laman rumah hingga hilang bayang kereta di lewat petang itu. Si Kutat yang bertenggek di atas tunggul kayu mati, diam merenung jalan yang kosong.

Thursday, November 10, 2005

Bab 2

Akasyah dan Zakaria berlari perlahan-lahan di trak jogging. Orang ramai dari kebiasaan memandangkan hari Minggu. Zakaria memperlahankan lariannya, di ikuti Akasyah.
‘Ayah ok ke ?’
Zakaria mengangguk. Mereka berdua masih terus berjalan. Bunyi burung menyambut pagi bersiulan merdu.
‘Kau dah tengok budak Harlina tu ?’ tiba-tiba soalan itu terpacul. Akasyah tersentak. Alamak, ni tak lain nak suruh aku kahwin la ni. Zakaria berhenti dan membuat senaman meregang ototnya. Tangannya didepangkan ke atas, kemudian membongkok ke bawah, tangannya di bawa sampai mencecah tanah.
‘Ye lah, kan hari tu kita sama-sama pergi,’ balas Akasyah sambil membuat ‘squat down’.
‘Cantik ?’
‘Cantik la’
‘Kau suka ?’
‘Mengarut la ayah ni…’
Zakaria tergelak.
‘Kau tu dah 32, dah sampai masa, kalau ada arwah mak kau, memang dia dah bising,’ tiba giliran Zakaria pula membuat ‘squat down’.
‘Ayah, kalau ayah nak berleter pasal ni, saya malas nak dengar,’ sebelah kakinya di angkat dan di lipat rapat kebelakang hingga mengenai punggungnya. Tangan kirinya di depangkan ke hadapan untuk keseimbangan.
‘Dak lah, ayah tengok budak tu sesuai benar dengan kau. Kalau kau nak, cakap je, ayah tau la uruskan.’
Akasyah tak menjawab, sebaliknya dia terus memulakan semula larian.

Mereka singgah di Gerai Nasi Lemak Tang Lin, dua pinggan nasi lemak dan dua gelas teh tarik. Lazat. Kebanyakan pelanggan baru saja lepas bersenam. Lepas bersenam, pekena baik punya nasi lemak, berbaloi atau tak senaman tadi, tidak tahu lah.

Akasyah diam, surat khabar di depannya di baca sambil mulutnya mengunyah daging rendang. Zakaria juga diam, melayan keenakan teh tarik.
‘Ayah dan Pak Abas tu kawan baik, masa 13 Mei dulu, paling ayah tak boleh lupa,’ mula Zakaria memancing minat Akasyah. Dia mengangkat muka dan menunggu sambungan cerita si ayah.
‘Ayah nyaris di tembak komunis. Memang sikit lagi lah. Nasib baik Pak Abas sudah tembak Cina tu, terkulai, betul tepi ayah.’ Matanya merenung jauh, seolah-olah mengingati semula waktu itu. ‘Mulai hari tu ayah memang terhutang nyawa dengan dia.’ Akasyah diam. Cerita ini sudah sering kali di dengar. Tapi setiap kali Zakaria bercerita, seolah-olah Akasyah tidak pernah tahu. Tapi Akasyah layan saja, cuma hari ini dia terasa lain sedikit. Ini cerita untuk pancing minat dia bercakap tentang anak dara Pak Abas atau kewiraannya.
‘Ok lah ayah, dah pukul 10 dah ni, jom la kita balik.’
Zakaria terdiam, hasrat hatinya untuk melencong cerita tak kesampaian. Tak apalah, lain kali saja.

Sesampai di rumah, Akasyah terus ke bilik air. Setelah bersiap, dia masuk ke bilik ayahnya. Pintu bilik air di ketuk.
‘Ayah, Kasyah nak keluar ni, pi jumpa Azman, ada sikit hal kami nak discuss,’ laungnya dari luar.
‘Aa, ok, karang lunch ko tolong bawak balik Big Mac.’
‘Takut lambat …’
‘Tak apa, perut aku pun kenyang lagi ni.’
‘Aaaa, ok..’

Jalan sesak tapi tidak jem, Akasyah memandu menuju ke Damansara Perdana. Deretan kondominium dan apartmen tersusun di tepi jalan. Dia melencong masuk ke Perdana Heights. Seorang jaga India membiarkan saja dia masuk, sambil mengangkat tangan. Akasyah tersenyum.

Jarinya menekan angka 8, pintu lif tertutup rapat, ada seorang budak tembam berseluar pendek tanpa berbaju, dari kolam renang barangkali. Ting tong, pintu lif terbuka, dan Akasyah melangkah keluar. Dia berjalan tenang menuju ke unit bernombor 23.


Sementara itu, Harlina sedang sibuk mengemaskan beg bajunya. Dia dipanggil untuk temuduga di sebuah jabatan kerajaan di ibu kota. Di luar kedengaran ayahnya berbicara melalui telefon.
‘Ye, ye, dia bertolak petang ni, bas pukul 2.30…. dak dia pi sorang, kau tolong aku Kiya, si Harlina ni KL dia tak pass lagi. …. Aaa terima kasih, terima kasih.’
Harlina berdiri di pintu biliknya, apa saja la ayah ni. Mak Senah duduk di kerusi rotan mendengar perbualan Pak Abas.
‘Ok, nanti anak dia ambil Na di Pudu.’ Kata Pak Abas sebaik ganggang telefon di letak. Mak Senah tersenyum lega. Kekhuatirannya sejak surat temuduga di terima seolah-olah di angkat buang.
‘Tak payah lah ayah, Na nanti telefon kawan Na saja.’
‘Kau ni degil apa, dah Pakcik Zakaria di sana, aku lagi konpiden dengan dia.’
Harlina menurut saja, tidak guna jika membantah. Mak Senah senyum sahaja.

Tangga Pudu Raya di turuninya, jam sudah pukul 8.30. Kereta bertali arus. Orang ramai berjalan-jalan di kaki lima, ada yang mengangkat beg besar, ada yang mengalas beg kecil, ada yang menunggu, macam-macam ragam.

‘Harlina,’ panggil satu suara dari belakang. Dia menoleh. Akasyah tersenyum.
‘Sorry la, lama ke tunggu ?’ tanya Akasyah sambil mengambil beg yang terletak di atas anak tangga.
‘Tak lah, Na baru je turun.’
‘Oh camtu kita sama-sama on time la ni, jom lah, I park kereta kat sana, kena jalan sikit lah.’
Harlina berjalan di sisi, beg plastik yang berisi pisang dan rambutan di jinjingnya. Pesanan ayah untuk Pakcik Zakaria.
‘Camna naik bas tadi ok ?’
‘Ok la kut, kalau tak ok tak sampai,’ balas Harlina di sambut senyuman tidak berapa manis Akasyah. Laser juga minah ni. Harlina ketawa kecil.
‘So esok you ada interview kat mana ?’
‘Kat Kementerian Teknologi dan Multimedia,’
‘Pukul berapa ?’
‘8.30.’
‘Ok la, on the way I ke office I boleh hantarkan.’
‘Ala saya ni menyusahkan saja, tak pe hantar kat bus stop je.’
‘Eeee tak boleh, nanti Pak Zakaria dan Pak Abas tembak saya ngan senapang gajah.’ Selorohnya di sambut gelak mereka berdua.

‘Ok, you mesti lapar kan ?’ Tanya Akasyah sambil menutup bonet kereta.
‘Lapar la juga. Dalam bas tadi masa dia berenti saya tertidur, jaga-jaga bas dah jalan.’
‘Ok, Harlina nak makan apa ?’
‘Apa eh ? Orang KL makan apa ?’
‘Orang KL makan segala benda, tolak batu dengan kayu je.’ Harlina ketawa, Akasyah menjeling dan hatinya terpaut melihat wajah ayu di sebelahnya yang sedang ketawa gembira.

Dia memberhentikan kereta di hadapan sebuah Restoren Nyonya. Mereka melangkah masuk, tidak ramai yang melanggan, ada lebih kurang empat keluarga.
‘Selamat Datang Cik,’
‘Smoking area please,’
Pelayan terus membawa mereka ke satu sudut. Menu di beri. Pelayan itu berlalu meninggalkan mereka, agar tenang membuat pilihan.
‘Ok kita ambil, Assam Fish ?’ Harlina mengangguk.
Seketika kemudian, datang pelayan lain pula membawa dua gelas air sejuk dan semangkuk kecil acar.
‘Boleh ambil order ?’ tanya pelayan tadi.
Akasyah mengangguk, dan memesan beberapa jenis lauk.
‘Banyaknya,’ kata Harlina sebaik saja pelayan itu pergi.
‘Tak pe la, makan mana larat.’

Akasyah menyalakan api dan mencucuh rokok.
‘Maaf ye ? You tak kisah kan ?’
Harlina menggeleng. Tak pe, hisaplah la, nak mati cepat hisap dua sekali. Dia tersenyum.

‘So, interview esok untuk post apa ?’
‘System Analyst’
‘Oooo, apa yang nak dianalisa kan ?’ tanyanya buat-buat bodoh.
‘Entah lah, ‘ disambut senyuman lagi.

Seketika kemudian, makanan yang dipesan pun sampai.
‘Ok silakan, makan ye jangan malu-malu.’
‘Thank you…’

Zakaria di rumah mundar-mandir, dah hampir jam 10, Akasyah tak pulang-pulang lagi. Dia risau. Sudah tiga kali dia cuba menelefon telefon bimbit anaknya tapi setiap kali jawapannya ‘Maaf, nombor yang anda dial tidak dapat di hubungi.’ Di campaknya telefon ke sofa. Geram sungguh.

Bunyi deru enjin kereta memasuki perkarangan rumah membuatkan hati Zakaria lega. Dituruni anak tangga cepat-cepat. Pintu di buka luas. Akasyah yang baru hendak memasukkan kunci ke dalam lubang terkejut.
‘Eh la, ayah,’
‘Kau bawak Harlina pergi mana, dah pukul 10.30, aku call tak dapat,’ serang Zakaria. Akasyah menggalas beg masuk ke ruang tamu, di ikut Harlina yang masih menjinjing beg plastic tadi.

‘Saya bawak Harlina makan.’ Zakaria senyum, pandai anak bapak.
Harlina bersalam, tunduk hormat.
‘Ayah dan mak kirim salam, ini ada sikit buah tangan dari kampung.’
‘Waalaikum salam. Sihat mereka ?’
‘Sihat pakcik.’
‘Akasyah kau tunjukkan bilik untuk Harlina, dah penat budak ni.’

Akasyah tidak berkata apa, dia malas melayan bapanya. Kadang mereka berdua begitulah, ada saja tak kena. Akasyah dengan pe’el orang mudanya, Zakaria pula dengan pe’el orang tua yang kuat berleter, yang selalunya didominasi oleh kaum Hawa. Tapi setelah arwah isterinya pergi sewaktu Akasyah masih sekolah, sejak itulah Zakaria yang memikul tugas sebagai ibu dan ayah menjadi sebegitu.

‘Ok ni bilik awak, tu bilik air, bilik I kat sebelah, kalau takut boleh ketuk,’
‘Eh…’
Akasyah gelak besar. Suka dia melihat wajah Harlina yang berubah malu dan bengang sekaligus.
‘Ada apa-apa lagi ?’
‘Arah kiblat ke mana ?’
‘Oh, nanti saya bentangkan sejadah.’ Harlina memerhati saja. Mula-mula dihamparkan terus, kemudian di angkat semula dan di hampar pula ke arah bertentangan, kemudian di sengetkan ke kiri sedikit. Berdebar juga dada Akasyah, maklumlah jarang-jarang benar dia membuka sejadah.
‘Aa betul la ni.’ Dia meluruskan badannya semula dan terlihat senyuman Harlina. Alamak bakal kena perli lagi la ni.
‘Dak kalau dari bilik I, senang, ni koordinasi sudah lari.’
‘A’ah memang pun,’ Harlina mengiakan saja.
‘Ok selamat istirehat, esok kita jumpa lagi.’
‘Ok terima kasih, oh ye nanti makan la rambutan tu, Mak ingatkan awak tu yang dia suruh bawa banyak.’
Akasyah mengangguk lantas meninggalkan Harlina sendirian.

Harlina melihat sekeliling. Bilik itu luas dan dihias dengan cantik. Sebuah katil di letak di tengah-tengah bilik. Cadar berwarna putih, bersih di pandang. Di hujungnya selimut tebal di lipat kemas. Di sisi kanan terdapat sebuah meja solek. Di atasnya terletak beberapa jenis minyak wangi, bedak dan sikat. Kemas. Di sisi kira, ada sebuah meja tulis, atasnya hanya ada beberapa keping kertas A4 kosong, dan sebatang pen. Macam kat hotel la pulak bisik hati Harlina.

Malam itu dia tidur dengan nyenyak sekali. Kedinginan penghawa dingin membuatkan dia mengerekut seperti udang galah. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk. Harlina bingkas bangun. Sinar matahari sudah mula memasuki. Dia terus mencapai jam tangan. 7.27. Ya Allah, apa lagi kalutlah Harlina menyiapkan diri, dalam hatinya tak habis-habis marahkan tilam dan bantal yang empuk, sampai subuh pun terlepas.

Lima belas minit kemudian dia turun cepat. Zakaria dan Akasyah sedang bersarapan.
‘Saya tak sedar, nasib baik ketuk pintu,’
‘Ye lah, Harlina penat sangat tu, mana tak naik bas dah dekat 5 jam,’ kata Zakaria sambil menuang air kopi ke cawan Harlina.
‘Terima kasih pakcik, tapi saya takut terlewat ni, saya terpaksa pergi sekarang.’
‘Ye lah, ni pun kurang 10 minit jam 8, Akasyah cepat sikit.’

Akasyah meneguk airnya cepat dan bangun menuju ke kereta.

‘Saya pergi dulu pakcik, terima kasih ye.’ Harlina berjalan laju, dadanya berdebar.
Masuk saja ke dalam kereta, Akasyah terus mengundur dan memecut. Dia tidak banyak bicara. Harlina diam, kecut juga. Kereta banyak di jalan. Nasib baik di Kuala Lumpur sekarang banyak highway.

8.25 pagi, kereta berhenti, Harlina dengan cepat turun. Tanpa mengucapkan sebarang kata, dia menutup pintu kereta.
‘Na, nanti dah habis call I ok ?’
Harlina mengangguk, pantas dia masuk ke bangunan pejabat. Akasyah memerhati sehingga kelibatnya hilang. Betul kata ayah, memang cantik budak ni. Akasyah tersenyum dan kereta melungsur pula ke arah Cyberjaya.

Shahrin menanti di dalam bilik, di depannya kertas kerja yang hendak di hantar. Sesekali dia melihat jam. Kertas kerja untuk tender itu patut di hantar sebelum jam 12, ini sudah jam 10.30, Akasyah tidak masuk kerja lagi. Dia perlu menandatangani beberapa dokumen. Tali leher di lepaskan sedikit.

‘Ok Shah, mana documents aku nak sign ?’
‘La, awat hang lambat ?’
‘Sorry la, aku hantar someone ke Putrajaya.’

Shahrin membuka halaman-halaman yang patut di tandatangan. Tiba di halaman sebutharga, Akasyah meneliti sebentar sebelum menandatangani. Dia mengangguk-angguk puas hati.

‘Ok pricing ni ?’
‘Informer kata Puncak Arus masuk 5 juta, so kita dari segi pricing dah menang ni.’ Akasyah mengangguk lagi.
‘Ok la, aku kena rush ni, karang tak sempat.’ Kadir bingkas bangun. Account Manager yang memang berkaliber dan membawa masuk banyak projek. Kawan sejak sekolah, universiti dan sekarang bersama-sama mengusahakan perniagaan telekomunikasi.
‘Orite, selamat, eh nanti petang masuk office, aku ada projek baik nak discuss.’
‘Ok, chow.’

Lewat pagi itu, Akasyah banyak menghabiskan masa dengan membalas email yang diterima dari pelanggan dan juga pembekal. Dia tekun mengatur pengurusan syarikat itu. Bunyi SMS masuk, membuat dia teringat pada Harlina.

‘Interview dah habis, kalau you sibuk tak pe, I naik teksi saja.’

Akasyah terus mendial nombor Harlina.
‘Hello .. Na, dah siap ?….ok you tunggu, bagi I 20 minit. Boleh ?’
Di capainya kunci kereta.

‘Nani, I will be back dalam kol 3, call me if anything urgent,’ beritahunya kepada si setiausaha.
‘Ok, tapi you kan ada appointment dengan En. Jamil jam 4, di Melawati.’
‘Hari ni ?’ Nani mengangguk. ‘La, I ingat esok. Ok lah, You call Shah cakap petang ni cancel, I jumpa dia esok pagi saja.’ Nani mengangguk lagi.

Kereta meluncur semula ke Putrajaya, entah mengapa hatinya tidak sabar ingin bertemu dengan Harlina. Akasyah pun hairan, dah jatuh cinta ke aku ni ?

Wednesday, November 09, 2005

Bab 1

Kokokan ayam jantan mengejutkan Harlina, kedinginan subuh membaluti tubuhnya yang kecil. Azan subuh belum lagi berkumandang, tapi ibunya sudah pun di dapur. Harlina bangun dan menuju ke bilik air di hujung dapur. Ibunya sedang bersiap-siap hendak ke surau. Ayahnya sudah ada di tanah.
'Cepat la Senah oi, karang dah azan, awak tu jalan lambat,' suara Pak Abas memecah kesunyian subuh.
'Ye lah, pagi-pagi dah bising aje awak ni. Na, nanti tutup pintu ye, karang masuk pula si Kutat,' kecoh Mak Senah di pagi hari adalah kebiasaannya. Harlina tersenyum sambil mengangguk.

'Assalamualaikum warah matullah,' ucap Harlina memberi salam. Dia menadah tangan memohon doa pada Ilahi. Setelah itu Quran di capai dan dibacanya perlahan.

Bunyi piring pecah, memberhentikan pembacaannya. Di bukanya telekung dan segera ke dapur. Terbeliak mata Harlina, melihat si Kutat di atas meja.
'Ala ko ni Kutat, abislah mak aku marah nanti, kalau ye pun lapar nanti lah.' Marah Harlina pada ayam jantan yang suka mencuri masuk. Kutat berlari-lari di sekeliling dapur, Harlina makin geram, dengan cepat pintu di buka, dan Kutat secepat kilat berlari ke kebun di belakang rumah. Tahi ayam bertompok di atas lantai. Marah Harlina makin menjadi.
'Eeee, pakalla ko ni ayam, kalu tak memang aku dah sepak-sepak ko,' bebel Harlina sambil mencuci kesan najis si Kutat.

Langit semakin cerah, Mak Senah dan Pak Abas pun sudah pulang dari surau. Harlina keluar ke belakang bersama sebekas nasi sejuk.
'Krohhh, krohhh...mari makan, ayam-ayam semua, meh sini makan,' panggil Harlina, kelihatan sekumpulan ayam dan anak ayam berlari-lari merapati nasi sejuk yang di tabur.
'Aaa makan sama-sama, jangan gaduh-gaduh, Kundur, garang sangat awak ni, kesian si Labu' setiap ayam yang berjumlah 10 ekor ada namanya. Harlina rajin menamakan semua ayam-ayamnya itu.

Pak Abas keluar dengan parang terselit di pinggangnya. Jalannya pantas saja. Walau usianya sudah menjangkau 60 tahun, namun dia dikurniakan seraut wajah yang tenang dan badan yang masih tegap. Kebun yang sebesar 2 ekar, yang melaut kebelakang di tanam berbagai-bagai pokok, ada pokok durian, pokok manggis, pokok rambutan, juga sayur-sayurang dan ulam-ulaman. Semuanya di jaga sendiri oleh Pak Abas. Dialah yang menebas, dialah juga yang menyemai dan membajai semua tanaman yang tumbuh sihat. Kadang dari pagi sehingga tengahari dia akan berbakti pada kebunnya. Membakar lalang dan daun-daun mati. Kebunnya terjaga dan bersih.

Harlina menyapu di halaman. Itu lah tugasnya setiap pagi. Sebenarnya Harlina baru selesai belajar di universiti. Walau sudah berpucuk surat meminta kerja di layangkan, belum satu pun yang sangkut. Kadang hatinya gusar juga, sudah belajar penat-penat, bila pula hendak merasai duit gaji sendiri. Kadang dia mengeluh mengenang nasibnya. Teman-teman sekuliah ramai yang sudah bekerja. Tapi nasib seakan tidak menyebelahi Harlina. Nak kata keputusannya tidak bagus, ramai juga kawan-kawannya yang mendapat keputusan lebih teruk dari dia. Si Melah, dari kampung sebelah sudah pun bekerja di Kuala Lumpur, dengan gaji RM2200 sebulan. Setiap kali Mak Som bertandang ke rumah, seakan boleh di lihat lubang hidungnya yang kembang semangkuk, bangga dengan kejayaan si Melah. Kalau nak ikutkan si Melah tu, SPM pun tidak lepas, segulung ijazah pun tiada di tangannya. Begitulah nasib dan rezeki seseorang itu. Bagaimana kehidupan ini di atur oleh yang maha Agung.

Sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti di laman rumah. Harlina yang sedang menyiram bunga menjenguk dari jauh. 'Siapa pula, pagi-pagi Sabtu ni, nak tanya jalan barangkali' getus hatinya sendiri. Seorang pemuda berpakaian kemas keluar dari kereta dan melambai-lambai ke arah Harlina.'Ish apa hal pulak ni,'
'Ada apa cik ?' tanya Harlina sebaik sahaja mereka bertemu di tengah laman. Dua mata bertentangan seketika. Raut wajah lelaki di hadapannya membuatkan jantungnya berdebar.
'Saya nak tanya, mana rumah Pak Abas ?' tuturnya lembut, di akhiri dengan satu senyuman amat manis. Bagai hendak luruh jantung Harlina.
'Er..er Pak Abas Marjat ke ?'
'Ye la kot, dulu dia prebet'
'Oh, kalau macam tu, bapa saya lah, cik dah bertemu pun dengan rumahnya.'
'Aduh nasib baik, sebenarnya bapa saya sahabat baik bapa cik,'
'Oh camtu, eh masuklah, park kereta kat depan sana, Pak Abas ada di kebun, nanti saya panggilkan.'

Mak Senah keluar di pintu dapur. 'Siapa Na ?'
'Kawan ayah,' jawabnya dan terus menuju ke kebun.

Mak Senah berlenggang menuju ke halaman. Hatinya bagai digaru, mahu tahu siapakah gerangan yang berkunjung di pagi Sabtu. Pintu kereta dibuka, memancar kilatan tambah pula di panah matahari yang baru naik segalah. Sepatu hitam Clarks bergeser dengan batu kerikil. Seluar hitam yang di seterika, bersait tajam. 'Orang kaya mana pulak ni' bisik hati Mak Senah.

'Kak Senah, apa khabar ?' ucap lelaki yang berpakaian kemas dan berbau wangian Aramis.
Lelaki muda tadi berdiri di sebelahnya tersenyum.
Mak Senah mengerutkan dahinya. Matanya kecil, dia cuba mengingati siapa lelaki kaya di depannya itu.
'Kak Senah, tak ingat saya ke ? Saya la, Zakaria, kawan Abang Abas, sama-sama masa 13 Mei. 'Ya Allah ! Kiya.... mana aku nak kenal kan main berkilat kereta kau.' Zakaria tergelak besar mendengar celoteh Mak Senah. Pak Abas jalan laju-laju menuju ke arah mereka. Harlina tertinggal jauh di belakang.
'Abang Abas...' laung Zakaria.
'Ya Rabbi, Kiya oi, apa mimpi kau datang jumpa aku ni,' Pak Abas tersenyum gembira. Mereka bersalaman dan berpelukan. Pak Abas menyeka air matanya yang turun. Dia gembira, sudah hampir 30 tahun mereka tidak bertemu.

Lelaki muda tadi mengerling Harlina, dia juga tersenyum, jelas terpamer kegembiraan di wajahnya yang tampan itu. Harlina membalas senyuman, malu-malu.
'Mari-mari, naik ke rumah, ini anak kau Zakaria ?'
'Ye bang, ini Akasyah'
Oh Akasyah namanya, bisik Harlina, padan benar nama dengan orangnya.
'Ha ini pula anak dara aku, Harlina.' Kedua-dua menoleh, Zakaria tersenyum, Akasyah tersengih. Cantik anak dara Pak Abas ye.
'Emm anak Abang, si Azman tu mana ? Di sini ke ?'
'Dak, dia di KL nu, jarang balik sini, sibuk kerja ngan anak-anak, sesekali je balik, si Ridhuan di Moroco, askar cam kita'
'Oo, misi pengamanan di sana, dah lama ke ?'
'Ala baru 6 bulan.'
Harlina menuang teh o ke setiap cawan. Dia terasa dirinya di perhati, memang benar Akasyah memerhati terus setiap gerak geri si gadis desa di depannya.
'Jemputlah,' ucap dia perlahan lantas ke dapur. Mak Senah yang dari tadi riuh bercerita berhenti dan mengikut Harlina ke dapur.
'Na, nanti kau ke kebun ambilkan sayur kacang panjang dengan cili. Mak nak masak lemak ikan dengan kacang panjang.'
'Ye lah mak.'
Raga di hayun perlahan-lahan. Si Kutat berdiri di atas tunggul kayu memerhatikan dirinya.
'Awak nak ke mana ?' tanya Akasyah. Entah masa bila dia turun ke bawah, tak tahu pula. Berkepul asap rokok di tangannya. Melihat Harlina memerhatikan ke arah itu, segera di jatuhkan ke tanah lantas mengesek-gesek puntung rokok itu.
'Nak ke belakang, petik sayur,'
'Boleh saya ikut ?'
'Jom lah' balas Harlina ringkas.
'Besarnya kebun Pak Abas,' ujarnya sebaik melangkah masuk ke kawasan kebun.
'Tempat dia ni, saya pun jarang ke sini, masuk pun sebab nak petik sayur je, tu pun dia supervise, takut saya rosakkan pokok dia.' ramah Harlina berbicara. Akasyah tersenyum. '..kalau nak makan rambutan petik je lah, jangan malu-malu,' sambung Harlina lagi.
Akasyah memerhati sekeliling, ada satu jambak rambutan yang sudah masak, merah cantik menanti di petik.
'Em, sedapnya, isi dia lekang, dah tu tebal plak,'
'Makan la, kalau kat KL nak makan buah kena bayar, sini petik je.'
Akasyah memerhati Harlina memetik kacang panjang yang tumbuh di antara pancang-pancang kayu. Dia suka melihat kelembutan yang ada pada gadis itu. Dia bagai terkesima melihat jari-jari halus yang runcing itu memetik tangkai-tangkai kacang panjang itu.
'Ok saya dah siap, awak nak makan buah, duduk la sini lagi, atau meh kita petik banyak sikit nanti boleh makan di rumah.'
'Boleh juga, sedap sangat rambutan ni.'
Akasyah memegang galah, dia tampak agak kekok. Harlina tersengih memerli.
'Tu yang atas sana tu, dah masak,' sengaja Harlina menyuruh mengait buah-buah yang tinggi-tinggi. Terhoyong-hayang jugalah galah tu. Harlina tergelak kecil, menyedari dirinya di ketawakan Akasyah mendapat satu akal.
'Aduh,'
'Kenapa ?' teriak Harlina.
'Ni jari saya tergeliat, jari ni memang problem skit, dah pernah patah.'
Dengan cepat Harlina merampas galah dari tangan Akasyah. 'Jari mana ?'
'Jari hantu, aduh sakitnya.'
'Alamak, meh sini, maaf ye saya pegang sikit. Tahan tau.'
Dengan kuat Harlina merentap jari itu. Dia menelan air liur, memanglah jari tu tak tergeliat, dia hanya hendak mengenakan Harlina, tapi tak di sangka-sangka, panjang akal juga si Harlina ni.
Di tahan air mata dari menitis, aduh sakitnya. Berdenyut-denyut terasa di bekas yang patah dulu tu.
'Ok tak ?'
'Sakit...'
'Sakit lagi, ni mesti tak kena gaya, meh saya tarik lagi.'
'Eh .. eh tak pe, ok dah, nanti ok lah.'
Fuh, aku nak kenakan dia, aku pulak yang terkena. Sambil berjalan itu Akasyah tersenyum, di sebalik kesakitan yang di rasakan, timbul satu perasaan suka dari benaknya.
'Hai lamanya petik sayur...' bidas Mak Senah laser. Dia menjeling Harlina. Tapi setelah melihat Akasyah di belakangnya, jelingan bertukar senyuman. Harlina geram.
'Ha mari lekas kita masak, cepat masak cepat boleh makan , ye tak Akasyah. Kamu naik la dulu, nah bawak rambutan ni naik atas.'
'Baik makcik, terima kasih.'
Harlina bingkas mengupas bawang merah yang dah dilonggokkan Mak Senah di meja dapur.
Ikan tenggiri masak lemak dengan kacang panjang, sambal tumis udang dengan petai, ulam raja dengan sambal belacan, pekasam goren garing, beserta nasi panas-panas; menu tenghari tu.
Perut Akasyah berkeroncong.
'Bang, dah siap, jemput semua makan,' pelawa Mak Senah dari tengah rumah.
'Mari..mari, lapar dah perut ni, mana taknya dah pukul 12.30.' Sibuk Pak Abas mepelawa tetamunya.
'Hai Kak Senah, tak makan sama ke , Harlina ?'
Harlina hanya mengeleng.
'Makan la dulu, kami karang-karang pun boleh,' jawab Mak Senah.
'Makan,' perlahan Akasyah mengajak.
'Makan dulu, nak sudu ke ? Jari dah ok ?'
'Tak payahlah ok dah ni, terima kasih.'